Monday, September 27, 2010

~Animal Pets and Friends~

Salam Aidilfitri...Rasenye dah sangat lewat kan? gagaga...

        Harinih nak citer tentang PETS..hee..

        Haiwan-haiwan seperti kucing, arnab, ikan dan hamster dipelihara utk dibuat teman dan menyerikan rumah tangga kita.. Haiwan yang selalu dipelihara selalunya mempunyai sifat-sifat manja, setia dan comel.. Ciri2 ini terbukti "medically" dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia.. Ia membantu manusia menghilangkan stress.. Even sekarang dah ade haiwan yang dikategorikan sebagai "therapy animals" dalam dunia Medic kita.. Menarik kan ??? Jadi saya recommend pelajar2 Medic yang stress belajar dan tertekan duduk di Egypt, bela lah seekor dua pet.. Even Nabi Muhammad SAW sangat sukakan kucing...hee..

        Tapi ingat, bila dah start bela haiwan, kena jaga elok2. Bagi makan secukupnya, tempat tinggal selesa dan belaian manja... :D

        Sekadar peringatan... Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

        Ni antara Pets kesayangan keluarga saya... :D

1. Nama diberi Messi, sebab mule2 beli ingatkan jantan, rupenye betina. So tambah jer la Nur kat depan. Jadila Nur Messi. Umur baru 4 bulan setengah, manje sangat. Time sibuk menaip, die dok panjat2 keyboard. haha. Messi ni breed Maine-Coon. Jenis bulu panjang warne orange.



2. Yang ni Awang. Ayah yang bagi nama. Kampong btolllaaaaa. haha. Jumpe kat depan rumah, orang buang die. Bela baru jer 2 bulan, tapi bulu dah mcm harimau. Juge manje dan hyper-active, tapi gemok dan suke tido(style terkangkang)...Actually ni Awang no. 2, Awang yang first entah ke mana, hilaaaannggg :(...



3. Meet Kimchee. haha. Si putih yang penakut skit, tapi bila dengar bunyi pinggan (masa makan), pandai plak gesel-gesel kat kaki. Juga kucing orang buang. Time mule2 bela, takde la cantik sangat, tapi pas bagi makan, syampoo n inject kat vet, jadi cute camnih. hihi.



4. This one is Shelly (Sally + Shell). hohoho. Die ni duk dalam aquarium jer. Makan sawi yang petik belakang rumah.



Actually dulu ade bela kambing Janapari ngan Woki(12 ekor, besar giler), turkey (4 ekor) and ayam biasa. Dah macam zoo rumah nih.haha..Alhamdulillah dapat duk rumah kampung, tenang skit. Laman rumah pun besar nak buat aktiviti. Jiran-jiran pun tak banyak ragam. Senang citer, selesa la duk Ganu nih(walau dok panda cekek Ganu, gaga)...

Okeyh !!! That's all for now...
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir dan Batin...
Salam Alayk... :D

Tengok video nih kalau still rasa bela pet tak best... haha..

Surprised Kitty

~MY FIRST POST~

Salam Alaik SEMUA... Semoga sihat wal'afiat dalam keberkatan Syawal... :)

       Sekarang nih tunggu Ayah balik dari Sabah.. Lagi sejam sampai la kot.. Tengah layan match bola (FC Barca vs. Athletico Madrid).. tibe2, terdetik hati nak buat blog.. Kalau kita perasan, ramai student Mansoura dah wat blog..  Sooooooo, why dont I give it a try.. kan kan kan? haha... :) Woohooo!!!  :D